Tepati masa atau tiba 10 minit lebih awal

Julai 8, 2007

Pastikan anda menepati masa yang dijanjikan. Sekiranya anda tahu anda akan tiba lewat, telefon atau hantar mesej pada orang yang anda janji untuk memberitahunya bahawa anda akan sampai lewat. Minta maaf kepadanya kerana tidak menepati janji. Ini harus dilakukan tidak kira dengan siapa anda akan bertemu biarpun ia bakal majikan anda, rakan baik, mahupun ahli keluarga anda.

 

Sifat anda yang menepati janji bakal mengundang persepsi yang baik kepada anda, terutama sekali kepada orang yang baru mengenali anda. Anda dapat menjimatkan masa di sini kerana anda tidak harus lagi bersusah-payah berusaha agar penemubual mengagumi anda, kerana besar kemungkinan dia sudah pun tertawan dengan sifat positif yang ada pada anda. Dengan menepati janji, anda mencerminkan peribadi seorang yang bertanggungjawab.

 

Polisi badan bukan kerajaan antarabangsa tempat saya pernah bekerja dahulu iaitu WWF-Malaysia ialah untuk menolak secara automatik sesiapa sahaja calon temubual yang tiba lebih dari 10 minit dari masa yang dijanjikan. Ini menunjukkan penepatan masa merupakan sebuah kriteria yang penting bagi menilai mutu seorang pekerja.

Tinggalkan komen